fbpx
PIASTRI dan Norris dibenarkan terus bersaing untuk merebut kemenangan dalam perlumbaan berbaki, namun mesti secara adil dan bersih. - AFP

F1: McLaren kekal pertahan ‘papaya rules’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Ketua Pegawai Eksekutif McLaren Racing, Zak Brown menegaskan pasukannya tidak akan mengubah pendekatan dalam perebutan kejuaraan dunia pelumba meskipun sudah menamatkan musim sebagai juara pengeluar Formula Satu (F1) 2025 lebih awal.

McLaren menutup kempen mereka dengan penuh bergaya apabila kemenangan tempat ketiga Lando Norris di Grand Prix (GP) Singapura sudah cukup untuk memastikan gelaran pengeluar milik mereka biarpun perlumbaan masih berbaki enam pusingan lagi.

Tumpuan kini beralih kepada perebutan gelaran pemandu apabila Oscar Piastri mendahului rakan sepasukan Norris dengan kelebihan 22 mata, manakala juara dunia tiga kali, Max Verstappen (Red Bull) berada di tempat ketiga, 41 mata di belakang Norris dan 63 mata daripada Piastri.

Brown menegaskan pasukannya akan terus berpegang kepada prinsip asal yang dikenali sebagai ‘papaya rules’ iaitu mereka bebas untuk bersaing, namun mesti memastikan pertarungan berlangsung secara adil, bersih dan mengelak daripada pelanggaran.

“Walaupun kami mahu persaingan ini kekal antara dua pelumba kami sendiri, Max (Verstappen) masih dalam permainan ini. Apa yang penting ialah pasukan kekal fokus dan rendah diri.

“Kami tidak akan ubah pendekatan. Walaupun sudah menjuarai kejuaraan pengeluar, kami akan hadapi baki perlumbaan dengan strategi sama seperti sebelumnya.

“Matlamat kami tetap satu iaitu melakar kemenangan perlumbaan dan kejuaraan dunia. Kami masih dahagakan untuk terus mengecapi kejayaan,” katanya.

Tambah Brown, fokus utama McLaren bukan sekadar mencipta dominasi jangka panjang, tetapi memastikan setiap hujung minggu perlumbaan ditangani dengan disiplin dan kecekapan maksimum. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI