fbpx
KANE meledak dua gol ketika membantu England membenam Latvia untuk mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Dunia 2026. - AFP

Kelayakan Piala Dunia: England mara ke pusingan akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIGA – England menjadi pasukan Eropah pertama mengesahkan kemaraan ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 selepas membelasah Latvia 5-0 pada aksi kelayakan Kumpulan K di Stadium Daugava awal pagi semalam.

Dua gol menerusi Harry Kane selain masing-masing satu gol jaringan Anthony Gordon, Eberechi Eze dan gol sendiri Maksims Tonisevs memastikan The Three Lions berjaya membawa pulang tiga mata.

Pengurus England, Thomas Tuchel menyuarakan rasa teruja apabila berjaya mengemudi pasukan layak ke Piala Dunia, lebih-lebih lagi ini merupakan kali pertama beliau mengendalikan skuad kebangsaan.

“Bagi saya, ini satu perkara yang jarang berlaku dapat melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia. Buat masa sekarang, mood pasukan berada dalam keadaan cukup baik dan pemain sangat gembira.

“Dalam bilik persalinan, mereka memasang muzik dan menyanyi. Bagi saya, keadaan ini sangat istimewa dan semua pemain layak untuk meraikannya selepas bekerja keras sepanjang 90 minit permainan,” katanya.

Sementara itu, beliau juga gembira apabila skuad kendaliannya masih mengekalkan rekod sempurna dalam aksi kelayakan apabila memenangi kesemua enam perlawanan dengan meledak 18 jaringan dan tidak melepaskan sebarang gol.

“Memang kami meletakkan sasaran untuk catat kemenangan ke atas Latvia. Kami layak ke Piala Dunia selepas menang kesemua enam perlawanan selain tidak melepaskan sebarang gol, ia satu pencapaian cemerlang,” ujar Tuchel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI