PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di enam negeri termasuk Sabah.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga 4 petang ini.
“Antara kawasan yang terlibat adalah di Teengganu membabitkan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang meliputi daerah Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
“Selain itu, kawasan yang turut terlibat adalah Hulu Langat, Selangor manakala di Negeri Sembilan adalah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol,” jelas MetMalaysia.
MetMalaysia menambah, amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Johor (Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) serta Sabah di kwasan Pedalaman (Sipitang). – KOSMO! ONLINE