fbpx
Gambar hiasan.

Kakitangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor ditemui tidak bernyawa dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Seorang lelaki ditemui tidak bernyawa di dalam kereta berhampiran sebuah restoran makanan segera di Jalan Batang Kali–Ulu Yam Bharu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat terbabit di dalam sebuah kenderaan kira-kira pukul 5.20 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bertugas di Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan memandu kereta seorang diri.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang kesan kecederaan luaran, pergelutan atau tanda mencurigakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ibrahim berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tujuan bedah siasat.

“Hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disyaki akibat serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Siti Khadijah Nus di talian 03-60523322 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI