fbpx
Keadaan mayat salah seorang pelajar sekolah yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal jenis Yamaha Y16ZR dan kenderaan Nissan Sarena di Jalan Bukit Keluang, Besut hari ini.

Dua pelajar sekolah maut, Yamaha Y16ZR rempuh Nissan Serena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Dua pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permaisuri Nur Zahirah, di sini yang dalam perjalanan sekolah maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna, Nissan Serena di Jalan Bukit Kluang di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 7.30 pagi itu, kedua-dua mangsa iaitu Wan Mohamad Shahronny Wan Rosli dan Nik Aqil Faizin Nik Abdul Aziz yang kedua-duanya berusia 13 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR dikatakan dalam perjalanan ke sekolah.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggangi Wan Mohamad Shahronny dikatakan gagal mengelak lalu merempuh kenderaan Nissan Serena dipandu seorang wanita yang keluar simpang.

“Pemandu kenderaan tersebut dikatakan dalam perjalanan tempat kerjanya di IPG (Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan) di sini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azamuddin berkata, impak rempuhan tersebut menyebabkan Wan Mohamad Shahronny dan pemboncengnya, Nik Aqil Faizin tercampak ke dalam raya.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI