fbpx
PRABOWO dan Trump bergambar semasa Sidang Kemuncak Gaza di Sharm el-Sheikh, Mesir semalam. – AFP

Indonesia nafi Prabowo akan lawat Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Indonesia  menafikan laporan bahawa Presiden Prabowo Subianto akan melawat Israel selepas menamatkan kunjungan ke Mesir, Anadolu melaporkan semalam.

Kementerian Luar Indonesia  menyatakan, Prabowo tidak akan melawat Israel.

“Tidak benar,” kata jurucakap Kementerian Luar Indonesia,  Yvonne Mewengkang ketika menjawab soalan wartawan sama ada Prabowo merancang untuk melawat Israel.

Terdahulu, akhbar The Times of Israel dan saluran berita Ynet melaporkan bahawa persiapan sedang dilakukan untuk lawatan Prabowo ke Israel yang sama ada hari ini atau esok.

Prabowo berada di bandar peranginan Laut Merah Sharm el-Sheikh, di mana Mesir menganjurkan sidang kemuncak keamanan antarabangsa Gaza. Sidang itu dipengerusikan bersama oleh Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat, Donald Trump.

Menteri Luar Indonesia Sugiono yang mengiringi Prabowo, turut menafikan dakwaan tersebut.

“Tidak benar. Mengikut rancangan awal, Presiden Prabowo akan kembali ke tanah air selepas acara di Mesir selesai,” kata Sugiono dalam satu kenyataan bertulis seperti laporan saluran berita  Tempo.

Mengenai penamatan perang dua tahun antara Israel dan kumpulan Hamas, Prabowo berjanji untuk mengerahkan 20,000 askar  Indonesia sebagai pasukan pengaman yang mungkin di Semenanjung Gaza.

Prabowo telah mengarahkan Tentera Nasional Indonesia untuk menyediakan pasukan pengaman, sementara menunggu hasil Sidang Kemuncak Keamanan Gaza di Mesir dan kelulusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, demikian menurut agensi berita rasmi Antara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI