MEMULAKAN karier sebagai penyanyi dan pelakon, jejaka ini kini mengorak langkah sebagai seorang streamer yang baru diceburi sejak dua tahun lalu. Dikenali ramai sebagai bekas Juara Idola Kecil musim ketiga, Nor Harris Alif Nor Rashidi atau lebih mesra disapa Harris Alif, bukan hanya aktif di layar perak tetapi juga semakin mencipta ruang baharu dalam dunia digital. Bagi Harris, minat terhadap gajet bukan sekadar trend semasa, sebaliknya sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidupnya sejak kecil. “Dunia gajet saya bermula dengan game……