fbpx
Asyraf Wajdi bergambar pada Majlis Penutupan Program Pemerkasaan Wanita (PPW) Mara Kota Melaka dan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani di Dewan Besar Kolej Profesional Mara, Bandaraya Melaka di sini, semalam.

Mara peruntuk RM25 juta lonjak usahawan wanita Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperuntukkan hampir RM25 juta tahun ini bagi memacu keusahawanan Bumiputera di Melaka, dengan keutamaan kepada usahawan wanita melalui latihan, bimbingan, khidmat nasihat dan akses pasaran.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peruntukan itu memberi manfaat kepada hampir 1,000 usahawan wanita, sekali gus memperkukuh peranan golongan tersebut sebagai tenaga penggerak ekonomi negara.

“Wanita bukan sahaja tonggak keluarga, malah turut menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara. Kini terdapat lebih 5,000 usahawan wanita Bumiputera aktif di Melaka dalam bidang makanan, jahitan, kecantikan, peruncitan serta perkhidmatan digital.

“Mara sentiasa komited memperkasa golongan ini melalui latihan, bimbingan, pembiayaan dan jaringan pasaran dalam serta luar negara. Ketika ini, lebih 20 peratus perniagaan di Malaysia dimiliki wanita dengan majoritinya usahawan Bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penutupan Program Pemerkasaan Wanita (PPW) Mara Kota Melaka dan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani di Dewan Besar Kolej Profesional Mara, Bandaraya Melaka di sini, semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI