fbpx
Anwar beramah mesra bersama penjawat awam pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Oktober di Dewan Sri Endon Puspanitapuri di sini, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR

Anwar sokong tindakan terhadap perasuah termasuk orang kenamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Agensi penguatkuasaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi jaminan untuk kekal berani mengambil tindakan terhadap perasuah, walaupun melibatkan golongan kenamaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mempertahankan tindakan diambil penguat kuasa terhadap perasuah demi kepentingan negara.

“Tetapi bila saya jelaskan, (perlu) ada bukti, jangan ada penganianyaan, jalan tegas, keras, segera. Dan saya akan pertaruhkan segalanya untuk mempertahankan mereka dalam menjalankan tugas menyelamatkan negara ini.

“Ia bermakna, saya sendiri mesti mengepalai dan beritahu ‘my full undivided support’ (sokongan sepenuhnya) terhadap tindakan mereka dan kita hargai tindakan ini,” katanya ketika berucap pada Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Pada masa sama, Anwar turut mengingatkan kumpulan penjawat awam untuk meneruskan tekad berkhidmat untuk meningkatkan prestasi kerajaan dan negara.

“Kita bekerja dengan satu tekad, anda sudah ada pengalaman 10, 20, 30 tahun… jadi bagi tahun-tahun (mendatang), berilah yang sebaik mungkin.

“Kerana apa yang kita lakukan itu akan menentukan nasib negara kita pada masa depan. Jadi, mesti cari kaedah dan jalan (berlainan),” katanya.

Anwar berkata, tindakan untuk membanteras rasuah tidak seharusnya tidak disandarkan kepada SPRM semata-mata, sebaliknya perlu melibatkan kepimpinan lain termasuk ketua jabatan.

“Jangan harap kepada SPRM atau badan-badan penguat kuasa, sebab itu saya bebankan tanggungjawab kepada ketua-ketua jabatan. Kalau ketua jabatan tahu dan menjadi pelindung (tindakan rasuah), kita tidak boleh pertahankan ketua jabatan itu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI