fbpx
FERNANDEZ berdepan kecederaan lutut ketika membantu Argentina menewaskan Venezuela kelmarin menyebabkan dia tersisih dari skuad Chelsea berdepan Forest. - AFP

EPL: Chelsea hilang lagi pemain tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Chelsea berdepan situasi makin perit apabila krisis kecederaan terus menimpa mereka dengan Enzo Fernandez menjadi nama baharu yang mungkin terpaksa disisihkan.

Ketua pasukan Chelsea itu terpaksa diketepikan ketika aksi bersama skuad Argentina yang menghadapi perlawanan persahabatan menentang Venezuela di Stadium Hard Rock, Miami kelmarin.

Pemain berusia 24 tahun itu berjaya membantu Argentina meraih kemenangan 1-0 pada perlawanan tersebut, namun terpaksa dikeluarkan pada minit ke-78 dan bakal terlepas satu lagi aksi menentang Puerto Rico pada Rabu nanti.

Pasukan perubatan Argentina mengesahkan bahawa pemain itu berdepan masalah kecederaan lutut kanan dan akan dihantar pulang ke London untuk menjalani rawatan bersama Chelsea

Berdasarkan laporan awal, Fernandez mengalami ‘synovitis’ pada bahagian lutut berkenaan dan memerlukan tempoh beberapa hari atau minggu untuk kembali pulih bergantung tahap kecederaan yang dialami.

Situasi itu pastinya mengecewakan Chelsea ketika khidmatnya diperlukan untuk pasukan berdepan Nottingham Forest pada aksi Sabtu ini ketika Fernandez dianggap tonggak tengah penting buat skuad kendalian Enzo Maresca.

Chelsea ketika ini sudah kehilangan khidmat Laim Delap, Tosin Adarabioyo, Wesley Fofana, Andrey Santos dan Dario Essugo akibat kecederaan, manakala Levi Colwill mungkin perlu melupakan keseluruhan musim ekoran masalah anterior cruciate ligament (ACL). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI