PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di 10 buah negeri pada petang ini.
MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hingga 4 petang nanti.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar dan Manjung,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, amaran ribut petir itu juga turut dijangka bagi negeri Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong dan Selangor di Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang,” katanya.
Selain itu, cuaca buruk juga dijangka melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) dan Melaka.
“Sementara itu, cuaca buruk turut dijangka berlaku di Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE