fbpx
PEARLY (kiri) dan Thinaah menghampiri pentas final Terbuka Arctic selepas mara ke separuh akhir sebentar tadi. - AFP

Terbuka Arctic: Pearly-Thinaah galas misi ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah meneruskan misi pada Kejohanan Badminton Terbuka Arctic selepas mengesahkan kemaraan ke separuh akhir.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Energia Areena Vanta, Finland sebentar tadi, naib juara dunia itu menang 21-11, 21-19 ke atas Margot Lambert-Camille Pognante dari Perancis.

Turun sebagai pilihan kedua kejohanan, Pearly-Thinaah tidak berdepan banyak masalah di set pertama apabila menguasai sepenuhnya permainan sebelum menang 21-11.

Bagaimanapun, aksi di set kedua tampak sedikit sukar apabila pemain lawan mula memperkemaskan permainan dan memberikan tentangan kepada mereka.

Meskipun berdepan detik cemas, namun gandingan No.2 dunia itu berjaya mengekalkan fokus sebelum menang 21-19 untuk melangkah ke separuh akhir.

Menjelang separuh akhir esok, Pearly-Thinaah akan menantikan pemenang perlawanan antara beregu China, Bao Li Jing-Zhang Shu Xian dan Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu dari Taiwan.

Pearly-Thinaah kini hanya selangkah untuk mengulangi pencapaian tahun lalu di mana mereka melangkah ke pentas final Terbuka Arctic sebelum muncul naib juara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN