fbpx
Adam menunjukkan mesej terakhir bapanya sebelum ditahan IDF di UniSZA, Kuala Nerus hari ini.

Prof. Afandi sempat mesej keluarga, kongsi video sebelum ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Sukarelawan Freedom Flotilla Coalition (FFC), Prof. Dr. Mohd. Afandi Saleh sempat mengirim mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada keluarga sebelum ditahan Tentera Pertahanan Israel (IDF) semalam.

Anak pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu, Adam Afandi, 20, berkata, mesej terakhir tersebut dihantar bapanya pada pukul 10.30 pagi.

“Ayah beritahu kapal dinaikinya sedang diserang (IDF) berserta rakaman video suasana gelap di tengah lautan. Kami cuba menghubunginya selepas itu, tetapi gagal,” katanya ketika ditemui Kosmo! di UniSZA di sini hari ini.

Terdahulu, sembilan kapal dalam misi kemanusiaan FFC dilaporkan dipintas IDF pada jarak 222 kilometer 9km) dari Gaza pada pukul 10.50 pagi kelmarin (waktu Malaysia).

Adam berkata, ibunya sedih dan bimbang akan keselamatan bapanya. Kali terakhir mereka berhubung menerusi panggilan video pada pukul 9.30 malam kelmarin.

“Dalam perbualan terakhir itu, ayah cuba menenangkan kami agar jangan risau dan sentiasa mendoakan keselamatan mereka. Tak sangka tidak sampai beberapa jam selepas itu ayah sudah berada dalam tahanan regim Israel.

“Selain ayah, seramai lapan peserta FFC yang merupakan rakyat Malaysia turut ditahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI