fbpx
MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi

Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi jalani PdPR bendung influenza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Abdullah Ahmad Badawi membenarkan pelajar tingkatan 1 hingga 4 pulang ke rumah bermula hari ini sehingga 26 Oktober bagi membendung penularan influenza di sekolah.

Berdasarkan surat rasmi yang dikongsi di laman Facebook MRSM, sepanjang tempoh tersebut, pelajar akan mengikuti kelas secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Para ibu bapa dan waris diminta memastikan anak-anak mengikuti PdPR mengikut jadual.

Sama-sama kita putuskan rantaian influenza. Pelajar tingkatan 5 akan mengikuti kelas seperti biasa,” jelas notis berkenaan.

Sehingga ini, jumlah pelajar atau kakitangan yang dijangkiti influenza masih belum dapat dipastikan.

Rabu lalu, media melaporkan data terkini daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang menunjukkan kadar influenza di negeri ini masih terkawal, lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lalu.

Exco Kesihatan, Belia dan Sukan, Daniel Gooi Zi Sen berkata, antara Minggu Epid (ME) 32 hingga ME 37 tahun ini, Survelan Influenza Like Illness (ILI) berasaskan klinikal mencatatkan kadar antara 9.5 hingga 10.5 peratus, tanpa peningkatan ketara.

“Survelan berasaskan makmal pula menunjukkan sedikit peningkatan, antara 26.7 hingga 28.9 peratus, dengan Influenza A kekal sebagai strain dominan.

Walaupun begitu, kadar ini masih lebih rendah berbanding tempoh sama pada 2024 yang mencatat antara 35.6 hingga 51.1 peratus,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI