fbpx
Kesan kebakaran bilik asrama di Blok Murni 2 UiTM Cawangan Kedah di Merbok, dekat Sungai Petani semalam.

Bilik asrama UiTM Cawangan Kedah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Sebuah bilik asrama yang menempatkan empat pelajar perempuan di Blok Murni 2, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kedah di Merbok, di sini terbakar tengah hari semalam.

Kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa kerana empat pelajar yang menghuni bilik tersebut sedang mengikuti kuliah di kelas masing-masing.

Koordinator Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Kedah, Dr. Shahrina Saad berkata, kejadian disedari seorang pekerja am selepas melihat kepulan asap keluar melalui tingkap bilik yang terletak di tingkat bawah bangunan empat tingkat itu.

“Pekerja am terbabit terus memaklumkan kepada pihak pengurusan asrama di blok berkenaan yang kemudian bertindak memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api,” katanya.

Katanya, punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, namun pihak universiti tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada penggunaan pengecas berlebihan dan palam sambungan yang berselirat.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI