fbpx
Ahmad Musa Al-Nuwayri

‘Kami tak pernah anggap kami hero’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktivis kemanusiaan Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman tampil menjelaskan sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) tidak pernah menganggap diri mereka sebagai wira.

Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM) itu berkata, semua peserta GSF sudah bersetuju untuk balik secara senyap-senyap dan hanya berkumpul untuk bersolidariti di Bukit Jalil malam ini.

Bagaimanapun katanya, rancangan itu bertukar pada saat akhir apabila dimaklumkan ramai yang menanti ketibaan mereka.

“Ketika tiket balik dah dibeli, hanya kami kami yang tahu. Malah semua dari kami setuju, kita balik diam diam. Jumpa semua di Axiata, berkumpul dan bersolidariti untuk G (Gaza) di sana.

“Tetapi tarikh dan waktu kami sampai tanah air bocor juga. Datuk Sani tukar plan. Kena rai mereka yang nak datang. Tak boleh keluar lalu pintu belakang. Maka jadilah sambutan luar biasa dari yang dijangka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam hantaran berbeza, Ahmad Musa turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah hadir bagi menyambut ketibaan sukarelawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA 1) malam tadi.

“Ini semua untuk Gaza. Kami tak pernah anggap kami hero. Malah Tuan Nadir berulang kali sebut sebaik kami keluar dari kapal terbang, Istighfar banyak-banyak. Jaga hati. Ini bukan pasal kita. Ini tentang mereka di Gaza,” katanya.

Terdahulu, kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF selamat tiba di tanah air sekitar pukul 10.30 malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI