fbpx
Tangkap layar video memaparkan tentera Israel beberapa kali cuba memecahkan CCTV kapal Gaza Sunbird 1.

[VIDEO] Freedom Flotilla: Zionis pengecut, awal-awal rosakkan CCTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tentera Zionis bertindak pantas memecahkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sejurus melakukan penahanan ke atas kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG), hari ini.

Menerusi paparan video di atas salah sebuah kapal, Gaza Sunbird 1, jelas memaparkan salah seorang tentera Zionis dalam keadaan tergesa-gesa cuba memecahkan CCTV berkenaan beberapa kali.

Ia menyebabkan rakaman langsung dari kapal itu terputus secara tiba-tiba.

Terdahulu Kosmo! melaporkan sembilan kapal yang menyertai misi kemanusiaan FFC x TMTG telah dipintas tentera Israel.

Konvoi berkenaan terdiri daripada pakar perubatan, wartawan dan aktivis kemanusiaan yang belayar menerusi dua buah kapal iaitu Umm Saad (TMTG) dan Conscience (FFC).

Menerusi kenyataan Humanitarian Care Malaysia, penanahan itu berlaku sekitar pukul 10.50 pagi ini waktu Malaysia dalam lingkungan 120 batu nautika dari perairan Gaza.

Namun pada kali ini, tentera Israel turut menggunakan helikopter berbanding pengangkutan melalui jalan laut seperti sebelumnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN