fbpx
Tangkap layar video Zohar yang berketurunan Yahudi Israel menunaikan solat di atas kapal Conscience misi FFC x TMTG.

[VIDEO] Freedom Flotilla: ‘Orang Israel pun boleh dapat hidayah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai sebak susulan penyertaan seorang peserta Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) berketurunan Yahudi Israel serta telah bergelar Muslimah.

Menerusi video dimuat naik pada Instagram Ikram Johor, memperlihatkan wanita dikenali sebagai Zohar Chamberlain Regev yang juga orang kurang upaya sedang menunaikan solat.

“Pernah menjadi ketua bot kapal Al-Awda ketika misi bot ke Gaza.

“Diculik dan ditahan oleh Israel pada tahun 2018. Tahun 2025, turut serta sekali lagi bersama-sama dalam kapal Conscience,” menurut kapsyen berkenaan.

Menerusi ruangan komen, orang ramai kagum dengan wanita tersebut, malah mereka sebak dengan penyertaan Zohar pada misi kemanusiaan FFC x TMTG.

“Masya-Allah, hebatnya dia walaupun berkaki besi. Tetap menunaikan solat dan berjuang untuk ke Gaza,” komen seorang pengguna Instagram.

“Allahuakbar sister, berkaki palsu pun sanggup berjuang. Semoga Allah memelihara anda,” kata seorang individu.

“Rupanya orang Israel pun boleh dapat hidayah. Rahmat Allah sangat luas,” komen seorang lagi pengguna Instagram.

Zohar dilahirkan dan dibesarkan di Kfar Hahoresh, salah satu tempat di Israel dan dia tinggal di sana sehingga berusia 34 tahun.

Dia kehilangan sebelah kaki akibat kemalangan pada 2017, serta pernah mengetuai kapal Al-Awda pada misi flotila ke Gaza pada 2018 sebelum ditahan tentera Israel.

Zohar dilaporkan memeluk agama Islam pada tahun 2021. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IKRAM Johor (@ikramjohor)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI