fbpx
Shazeli menunjukkan dadah yang dirampas daripada ruang rahsia SUV mewah itu. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

Kad akses jadi kunci rahsia dadah dalam SUV Mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Rahsia seorang mekanik sambilan yang mengubah suai kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah jenis Mercedes GLC250 mempunyai ‘peti besi bergerak’ untuk simpanan dadah akhirnya terbongkar apabila dia ditahan di tepi jalan sekitar Serdang, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, ruang rahsia di bahagian but belakang itu hanya boleh dibuka menggunakan kad akses khas.

Difahamkan, pengubahsuaian bahagian khas itu dilakukan pada harga lebih RM100.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan mendapati suspek lelaki berusia 39 tahun itu melakukan sedemikian bagi memudahkan tugasnya sebagai penghantar bagi sindiket pengedaran dadah.

Katanya, suspek akan memperoleh upah antara RM1,000 hingga RM2,000 bagi satu-satu penghantaran.

“Hasil pemeriksaan dalam kenderaan itu menjumpai dadah disyaki syabu seberat 63.7 kilogram (kg) dan pil ekstasi sebanyak RM20.1 kg yang disorokkan dalam ruang khas di bahagian but belakang.

“Kesemua dadah bernilai RM5.4 juta itu disimpan dalam empat buah beg. Kita percayai suspek dalam proses penghantaran semasa ditahan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Jelasnya, hasil siasatan awal juga mendapati suspek telah bergiat aktif sejak pertengahan tahun ini dengan pasarannya sekitar Selangor dan Johor.

Suspek itu yang turut menjual alat ganti dan membaiki kereta import itu didapati mempunyai dua rekod lampau atas kesalahan dadah.

“Saringan awal air kencing juga menunjukkan suspek positif Amphetamine dan Methamphetamine.

“Kesemua dadah yang dirampas daripada suspek itu dipercayai dari Utara Semenanjung,” ujarnya.

Tegasnya, suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI