PETALING JAYA – Delegasi aktivis Sumud Nusantara dijangka tiba di tanah air sekitar pukul 9.50 malam ini.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi menerusi hantaran di Facebook, turut memohon doa seluruh rakyat Malaysia agar perjalanan pulang delegasi berkenaan dipermudahkan serta selamat tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1).
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terus mendoakan kelancaran urusan kepulangan mereka selepas menyertai misi kemanusiaan di luar negara.
Semalam, Ahmad Farhan selamat tiba di Istanbul, Turkiye sebelum segera bergegas menemui 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla. – KOSMO! ONLINE