PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat, angin kencang serta ribut petir di tiga negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran itu melibatkan negeri Kedah di Kota Setar dan Yan.
Selain itu, hujan lebat turut dijangka melanda Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).
Tambahnya, cuaca buruk turut melanda seluruh Wilayah Persekutuan Labuan. – KOSMO! ONLINE