fbpx
NORAINI (kiri) menunjukkan kereta mewah jenis Nissan GTR R35 yang disita JPJ Perlis kerana tidak memperbaharui cukai jalan dan insurans, hari ini.

Nissan GTR RM350,000 disita, ahli perniagaan culas bayar cukai jalan, insurans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ARAU – Sebuah Nissan GTR R35 bernilai RM350,000 disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis selepas dikesan tidak memperbaharui cukai jalan dan insurans di Jalan Padang Besar-Chuping, kira-kira pukul 4 petang semalam

Pengarah JPJ Perlis, Noraini Mohd. Nawi berkata, kereta milik seorang ahli perniagaan berusia lingkungan 40-an itu mempunyai enjin 3.8 liter dengan cukai jalan tahunan RM5,725.50 yang tamat sejak 17 Mei lalu.

“Pemilik kenderaan mewah perlu menjadi contoh dan tidak mengambil mudah tanggungjawab memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta insurans. JPJ tidak akan berkompromi dengan alasan sedemikian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sejak 1 Januari lalu, sebanyak 80 kenderaan disita termasuk tujuh kenderaan mewah membabitkan dua Toyota Harrier, dua BMW, sebuah Alphard, Peugeot dan Nissan GTR R35.

Katanya, daripada jumlah itu, 32 kenderaan ialah motosikal, 33 motokar termasuk tujuh mewah, tujuh lori, tiga van, tiga pikap dan dua lain.

Jelasnya, kesalahan utama dikesan ialah LKM tamat tempoh, tiada insurans dan lesen memandu dengan alasan lupa atau tunggu kelulusan insurans. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI