fbpx
RUSSELL muncul juara pada GP Singapura kelmarin sekali gus menebus kegagalan musim lalu. - AFP

F1: Russell akui keyakinan melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Pelumba Mercedes, George Russell menegaskan dirinya kini sudah bersedia untuk memburu kejuaraan dunia Formula Satu (F1) selepas mencatat kemenangan bergaya pada Grand Prix (GP) Singapura semalam.

Russell mengungguli perlumbaan di hadapan pelumba sensasi Red Bull Racing, Max Verstappen, Lando Norris (McLaren) dan pendahulu kejuaraan dunia, Oscar Piastri (McLaren) yang menamatkan saingan di tempat keempat.

Ia merupakan kemenangan kedua musim ini buat Russell selepas mencipta aksi cemerlang di GP Kanada pada Jun dan kemenangan itu menebus kegagalan tahun lalu di litar sama apabila dia terbabas di pusingan terakhir ketika sedang memburu tempat ketiga.

“Saya kini adalah pemandu yang berbeza berbanding dua tahun lalu, lebih yakin dan lengkap. Saya tahu apa yang perlu dilakukan dalam setiap situasi.

“Walaupun gugup sebelum perlumbaan, saya tidak rasa tekanan luar biasa. Ia hanya satu lagi perlumbaan dan saya tahu saya ada peluang untuk menang,” kata Russell.

Russell menyifatkan prestasinya di Singapura sebagai antara yang paling dominan, walaupun tidak menganggapnya sebagai kemenangan terbaik dalam kariernya setakat ini.

“Saya rasa kemenangan ini sangat tidak dijangka memandangkan kami bergelut dalam beberapa perlumbaan sebelum ini. Kami perlu duduk berbincang untuk fahami kenapa kereta kami begitu baik minggu ini,” ujarnya.

Hasil keputusan tersebut, Russell kini berada di kedudukan keempat dalam carta kejuaraan dunia dengan ketinggalan 36 mata di belakang Verstappen di tempat ketiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI