fbpx
Gambar hiasan - Kredit Janaan AI

Lima individu guna dokumen palsu kelahiran bayi didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lima individu termasuk seorang wanita didenda RM71,000 oleh tiga Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu membabitkan lima bayi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), antara 2022 hingga 2023 lalu.

Tertuduh-tertuduh ialah, Wong Liang Fong, 40 Tey Tian Teck, 49; Er Cheow Chin, 46; yang mana kesemuanya masing-masing didenda RM14,000 oleh Hakim Suzana Hussain dan Hakim Rosli Ahmad.

Dua lagi tertuduh iaitu Yong Chin Wee, 44 dan seorang wanita, Chong Yi Lin, 28.masing-masing didenda RM14,500 oleh Hakim Azura Alwi.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh-tertuduh dipenjara antara satu dan enam bulan jika gagal membayar denda terbabit dan tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan tertuduh-tertuduh didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Borang Daftar Kelahiran dan Surat Pemberitahu Kelahiran atas nama lima ibu yang berlainan.

Ia yang mana kedua-dua dokumen itu mengandungi tandatangan serta cop dua doktor perubatan yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah dokumen palsu.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang Presint 2, Putrajaya antara Jun 2022 hingga 10 Mei 2023 yang didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Asmaa Zamri, Muaz Ahmad Khairuddin serta Pegawai Pendakwa Mohd. Alimi Mustapha.

Tertuduh-tertuduh diwakili peguam-peguam Goh Han Koon, Shenton Maniam dan Adhwa’ Afiqah Mohd. Azmi.

Berdasarkan fakta kes, kesemua tertuduh telah menggunakan dokumen palsu tersebut untuk mendaftar kanak-kanak terbabit sebagai anak kandung bagi mendapatkan Mykid manakala salah seorang tertuduh turut mendaftarkan anak tidak sah tarafnya sebagai anak kandung.

Hasil semakan mendapati nama lima ibu (seperti dalam pertuduhan) itu tidak mempunyai rekod melahirkan anak yang mana kesemua tertuduh-tertuduh memiliki semua bayi itu daripada ejen dan individu yang dibayar antara RM18,000 hingga RM70,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI