fbpx
SEBUAH kereta polis terjunam dari jejambat sebelum hempap kenderaan lain. - Foto Okaz

Kereta polis terjunam dari jejambat, hempap kenderaan lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIYADH – Sebuah kereta polis yang sedang mengejar kenderaan curi hilang kawalan lalu terjunam dari sebuah jejambat lewat malam kelmarin di utara Riyadh, Arab Saudi, lapor laman berita Gulf News semalam.

Dalam kejadian itu, seorang warga Mesir maut, manakala seorang pegawai polis cedera, demikian menurut Jabatan Polis Trafik Arab Saudi.

Insiden berlaku ketika aksi kejar-mengejar berkelajuan tinggi di Jalan Putera Turki Al Awwal, utara Riyadh. 

Pihak berkuasa berkata, ketika itu, kenderaan polis sedang mengejar sebuah kereta Mercedes-Benz yang dilaporkan dicuri.

Namun, kenderaan polis terbabas dan terjatuh dari jejambat sebelum menghempap sebuah kenderaan lain yang sedang melalui jalan di bawah.

Ia menyebabkan seorang warga Mesir maut di lokasi kejadian.

Pihak berkuasa trafik Arab Saudi sedang menyiasat kejadian itu, manakala suspek yang memandu kereta curi dilaporkan meloloskan diri. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI