fbpx
SAKA berjaya menyempurnakan sepakan penalti ketika Arsenal berjaya membenam West Ham kelmarin. - AFP

EPL: Arsenal mula pimpin carta liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Aksi ke 300 Mikel Arteta selaku pengendali Arsenal dapat diraikan dengan penuh sempurna apabila meraih kemenangan 2-0 ke atas West Ham United, kelmarin.

Tiga mata itu membolehkan Arteta meraikan pencapaiannya dengan lebih tenang, menyaksikan The Gunners kini sedang memimpin carta Liga Perdana Inggeris sebelum saingan berehat bagi aksi antarabangsa.

“Sangat bangga dan ini adalah angka yang cukup besar bagi pasukan ini. Saya mahu berterima kasih kepada semua orang khususnya barisan kejurulatihan yang bersama saya sejak hari pertama.

“Tanpa mereka segalanya mustahil, begitu juga buat pemain yang menyokong dan membantu saya jadi jurulatih yang lebih baik. Saya mahu meraikan kemenangan ini sebelum rehat aksi antarabangsa.

“Kami juga akan gunakan tempoh yang ada untuk perbaiki kelemahan kerana cabaran selepas ini pastinya sukar,” kata Arteta.

Terdahulu, Declan Rice terlebih dulu meletakkan The Gunners di depan sebelum Bukayo Saka tampil tenang untuk menyempurnakan peluang keemasan menrusi sepakan penalti di babak kedua.

Penalti itu juga adalah pembabitan jaringan yang ke 100 buat Saka dan Arteta memuji pemain itu dan menjelaskan catatan itu menyerlahkan perkembangan yang luar biasa bagi seseorang pemain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI