fbpx
NADZMI berkata telefon itu dihantar bagi membantu urusan komunikasi Ardell selepas peranti lamanya dibuang ke laut.

‘Sudah hantar telefon kepada Ardell, tunggu dia buka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Nadzmi Adhwa meluahkan rasa lega apabila berjaya menghantar telefon baharu kepada isterinya, Ardell Aryana yang kini berada di Turkiye selepas dibebaskan daripada tahanan Israel bersama pasukan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF).

Menurut Nadzmi, 32, telefon itu telah dihantar melalui pasukan logistik mereka yang kini masih berada di Turkiye bagi membantu urusan komunikasi Ardell selepas peranti lamanya dibuang ke laut.

“Telefon Ardell dalam perjalanan ke tangannya. Saya sudah kirim melalui pasukan kita yang berada di sana.

“Kita sama-sama tunggu Ardell buka telefon itu nanti. Telefon lama sudah dibuang, kalau dia okey, saya yakin dia akan buat siaran langsung seperti biasa,” katanya dalam Threads.

Tambah pelakon drama Cinta Amnesia itu, penantian untuk mendengar khabar daripada isterinya bukan mudah, namun tetap percaya kepada kekuatan dan ketabahan Ardell yang disifatkan luar biasa sejak menyertai misi kemanusiaan tersebut.

“Geram saya mendengar layanan buruk pihak Israel terhadap para pejuang kita. Semoga Allah melaknat mereka atas segala kezaliman yang dilakukan terhadap sukarelawan.

“Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar,” luahnya.

Sebelum ini, seramai 137 aktivis GSF termasuk sukarelawan dari Malaysia, Amerika Syarikat, Itali, Kuwait, Switzerland, Tunisia, Libya dan Jordan dilaporkan diusir dari Israel sebelum mendarat di Istanbul semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut mengesahkan kesemua 23 sukarelawan Malaysia telah dibebaskan dan kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa Turkiye bagi menjalani pemeriksaan kesihatan serta menerima sokongan psikologi.

Mereka dijangka pulang ke tanah air dalam masa terdekat sebaik selesai urusan dokumentasi dan rawatan susulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI