fbpx
Identiti dua lelaki yang ditemui rentung di Jalan Permatang Tiga, Butterworth, hari ini masih belum terjawab.

Identiti 2 lelaki rentung masih misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Identiti dua lelaki yang rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Jalan Permatang Tiga, Kepala Batas di sini, pagi tadi masih belum terjawab.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, bedah siasat ke atas dua mayat mangsa dijalankan di Hospital Kepala Batas di sini, petang tadi dan identiti kedua-dua mereka masih belum dapat dikenal pasti.

“Kita tunggu keputusan bedah siasat. Kenderaan yang mereka naiki juga belum dapat dikenal pasti (pemiliknya) dan masih berada di lokasi kejadian,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas selesai Majlis Pelancaran Festival Seni Hidup 2025 di Lebuh Armenian di sini, tadi.

Mengulas sama ada kedua-dua mangsa merupakan warga asing, beliau memberitahu, pihaknya tidak dapat mengesahkan mengenai perkara tersebut dan perlu menunggu keputusan bedah siasat.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan mayat kedua-dua lelaki yang rentung ditemui di dalam dan luar kereta jenis Proton Saga BLM berwarna perak.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jambatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, John Sagun Francis pula berkata, kebakaran melibatkan sebuah kereta yang berpunca daripada nahas kemalangan jalan raya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN