fbpx
Mohd. Khairi (tiga dari kiri) merasmikan program Taman Angkat Amanita Terengganu ke-11 di Taman Persiaran Limbungan, Besut hari ini.

2,000 anggota agensi keselamatan Terengganu siap siaga hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seramai lebih 2,000 pegawai dan anggota pasukan keselamatan Terengganu telah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan banjir menjelang ketibaan Monsun Timur Laut (MTL) dijangka pada hujung bulan ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, semua agensi terlibat telah menjalani latihan bersama persediaan menghadapi banjir.

“Ia melibatkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

“Saya sebagai Komandan Operasi Majlis Pengurusan Bencana Negeri Terengganu akan memanggil mesyuarat penyelarasan melibatkan semua agensi penyelamat berkenaan pada masa terdekat,” katanya di Taman Persiaran Limbungan di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan taman perumahan terbabit menjadi taman angkat ke-11 Amanita Terengganu.

Mohd. Khairi berkata, tumpuan akan diberikan terhadap kerja-kerja penyelamatan dan pemindahan penduduk terjejas ke pusat pemindahan sementara (PPS) diwartakan.

Beliau berkata, berdasarkan ramalan awal, semua lapan daerah di Terengganu dijangka akan terjejas banjir pada tempoh MTL tahun ini.

“Kita bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan memandangkan cuaca masa ini sentiasa berubah-ubah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN