fbpx
Tong Keong ketika sidang media di Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang, Jalan Macalister di sini. Foto oleh DANIAL SAAD/ KOSMO!

PRN Sabah: Gerakan dijangka letak calon di tiga kerusi DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dijangka meletakkan calon di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Ketua War Room Gerakan, Oh Tong Keong berkata, cadangan awal telah dibincangkan di peringkat parti dan akan dimuktamadkan bersama Perikatan Nasional (PN) pusat serta PN Sabah.

”Sehingga kini Gerakan telah mengenal pasti tiga kerusi berpotensi namun lokasi sebenar masih belum boleh diumumkan.

”Sekarang kita hanya buat cadangan tiga kerusi. Salah satu kerusi DUN yang disebut ialah Api-Api, tetapi keputusan akhir masih belum selesai kerana perlu ada persefahaman dengan PN pusat serta PN Sabah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tong Keong yang juga Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) berkata, semua calon yang dicadangkan telah dihantar dengan profil peribadi masing-masing kepada kepimpinan pusat untuk pertimbangan.

Beliau berkata, penyertaan Gerakan dalam PRN Sabah adalah sebahagian daripada tanggungjawab politik parti untuk memastikan PN mempunyai kekuatan di seluruh negeri.

”Kita mesti satu hati dalam parti, ada tanggungjawab untuk bantu rakan-rakan komponen di Sabah. Bukan hanya Pulau Pinang, tetapi negeri lain juga akan menghantar wakil berkempen di Sabah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI