fbpx
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama Sani Araby ketika sidang media di SNCC, Sepang hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Sumud Nusantara nafi kapal tidak bawa bantuan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) menafikan dakwaan kononnya konvoi kapal Global Sumud Flotilla (GSF) tidak membawa apa-apa bantuan bekalan.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pihaknya menafikan perkara itu dan menjangkakan naratif yang dimainkan oleh Israel.

“Saya nafikan apa yang mereka katakan kerana daripada awal kita juga berkongsi (bawa bantuan bekalan) di dalam sosial media kita sama ada GSF dan Sumud Nusantara.

“Kali terakhir, bekalan bantuan itu dihantar oleh Agensi Bulan Sabit Merah Turkiye (Kizilay) menggunakan kapal Tentera Laut Turkiye, malah sempat menambah bantuan yang ada,” katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Katanya, beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan jumlah muatan bekalan bantuan itu serta nilainya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan dibuat polis Israel kononnya tiada bekalan kemanusiaan ditemui dalam mana-mana daripada 40 kapal Global Sumud Flotilla (GSF) yang dipintas ketika dalam perjalanan ke Gaza.

Menurut laporan Jerusalem Post, siasatan dan penggeledahan kapal berkenaan hanya menemui aktivis serta penumpang, namun tiada sebarang barangan bantuan seperti makanan, ubat-ubatan atau keperluan asas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI