fbpx
Anwar ketika melawat Sumud Nusantara Command Center. Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM.

Kerajaan ganti telefon bimbit sukarelawan GSF Malaysia – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan akan mengganti semua telofon bimbit sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang dibuang ke laut.

Anwar berkata, semua 23 sukarelawan Malaysia terbabit akan menerima gantian berkenaan.

“Insya-Allah kita akan ganti kesemuanya (telefon bimbit 23 rakyat Malaysia),” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Khadijah, di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, sukarelawan GSF dilatih untuk membuang telefon ke laut sebagai langkah keselamatan sekiranya kapal ditahan tentera Israel.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, prosedur itu digariskan bagi mengelakkan data peribadi dan maklumat sensitif dipintas pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, SOP tersebut telah diterangkan dan dipraktikkan kepada semua delegasi sebelum mereka memulakan pelayaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI