fbpx
SEORANG kerani dituduh melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya yang juga kanak-kanak autism di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. Foto oleh BAZLAN IBRAHIM/KOSMO!

Kerani didakwa ‘sentuh’ anak tiri autistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang kerani sebuah syarikat logistik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan melakukan perbuatan amang seksual terhadap anak tirinya yang juga merupakan kanak-kanak autism di Pontian, dua tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 45 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Zainol.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa telah memegang bahagian privasi kanak-kanak yang berusia 9 tahun ketika itu di sebuah kediaman di Pontian pada pukul 12.30 tengah hari, 19 Jun 2023.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat dan tambahan penjara hingga lima tahun dan hendaklah disebat tidak kurang dua kali.

Timbalan Pendakwa Raya, Zuhainie Zull Kafli tidak mencadangkan jaminan memandangkan tertuduh masih mempunyai ikatan perkahwinan dengan ibu mangsa dan dikhuatiri akan mengganggu saksi-saksi kes.

Peguam mewakili tertuduh, K. Veeranesh bagaimanapun meminta mahkamah memberi jaminan kerana tertuduh dan ibu mangsa sudah tidak tinggal bersama sejak Ogos 2023.

“Tertuduh bekerja sebagai seorang kerani syarikat logistik dengan pendapatan RM1,700 sebulan. Tertuduh juga mempunyai tiga anak yang masih bersekolah daripada perkahwinan terdahulu, selain seorang lagi anak lelaki berusia 4 tahun bersama ibu mangsa,”katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, selain empat syarat tambahan yang perlu dipatuhi.

Syarat itu adalah tertuduh tidak boleh ganggu mangsa atau saksi, pasport perlu diserah kepada mahkamah, lapor diri di balai polis berhampiran serta pertemuan dengan anak lelakinya hanya boleh dibuat di balai polis.

Madihah kemudian turut menetapkan tarikh 6 November depan untuk sebutan semula kes serta penyerahan dokumen.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI