PETALING JAYA – Salah seorang sukarelawan dari Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) Abdul Rahim Azhari dipuji dunia apabila sanggup menjuak kereta kesayangan bagi menyertai pelayaran tersebut.
Menerusi hantaran di laman The American Muslim, foto Abdul Rahim yang sedang menunaikan solat ketika menyertai misi kemanusiaan ke Gaza telah ditularkan.
“Abdul Rahim dari Malaysia, salah seorang peserta yang menyertai Sumud Flotilla menjual keretanya semata-mata menampung perbelanjaan pelayaran,” tulis hantaran tersebut.
Rata-rata masuarakat dunia memuji pengorbanan tersebut dan mengaggap Abdul Rahim sanggup berbuat apa sahaja demi rakyat Palestin di Gaza mendapat bantuan.
“Saya hormat dengan pemuda ini, sanggup jual kenderaan dia semata-mata untuk kos perjalanan untuk membela anak Gaza,” kata Meciria Gonzalez.
“Saya doakan sekarelawan yang bersama misi ini dilindungi sentiasa, doa kami semua untuk anda yang telah berjuang sehingga saat ini demi Gaza,” tulis Wishitu Pradesh.
Sebelum ini, Abdul Rahim difahamkan menjual kereta jenis Proton X50 yang baru diguna selama dua tahun beberapa hari sebelum beliau terbang ke Sepanyol.- KOSMO! ONLINE.