MOSCOW – Sebuah syarikat pengedar kereta mewah di Russia melancarkan kereta mini Mercedes-Benz SL300 untuk kanak-kanak pada harga 4 juta ruble (RM204,000), lapor laman berita Oddity Central semalam.
Aleskey Mercedes mengiklankan kenderaan itu sebagai kereta mainan yang sempurna untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Kereta berfungsi sepenuhnya itu menampilkan semua hon asal serta lencana ikonik Mercedes.
Kenderaan itu mempunyai kapasiti beban 120 kilogram dan dikuasakan oleh motor elektrik 1.5 kiloWatt yang membolehkannya mencapai kelajuan sehingga 45 kilometer sejam.
Kereta itu juga lengkap dengan tempat duduk kulit boleh laras, panel instrumen aluminium, pemilih mod penghantaran, subwufer dan lampu yang berfungsi. – AGENSI