KUALA LUMPUR – Laungan ‘hidup Gaza, hidup sumud dan koyak Zionis’ bergema di ibu negara ketika ini sebagai tanda protes kepada tindakan Tentera Pertahanan Israel (IDF) menahan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF).
Ribuan peserta mula berarak dengan mengibarkan bendera Palestin di Jalan Tun Razak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat bermula pukul 4 petang tadi.
Tinjauan wartawan Kosmo! di lokasi mendapati selebriti tanah air Fikry Ibrahim termasuk beberapa pemimpin politik turut hadir bagi memberikan sokongan.
Difahamkan, pihak polis yang menyekat laluan akan membenarkan peserta untuk meneruskan berarak ke hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.
Sebelum ini, seramai 15 rakyat Malaysia yang menyertai Sumud Flotilla dipercayai telah ditahan tentera Israel manakala dua lagi terputus hubungan. – KOSMO! ONLINE