fbpx
Tangkap layar video mesej kecemasan yang dimuat naik Haroqs dan Haikal Zulkefli.

Sumud Flotilla: Free Willy dipintas, 3 rakyat Malaysia termasuk Haroqs ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiga lagi sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ditahan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya 15 orang.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran mesej kecemasan yang dimuat naik di akaun Sumud Nusantara Official sebentar tadi.

Antara sukarelawan yang menaiki kapal Free Willy ialah Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs, Haikal Zulkefli dan Dr Taufiq Razif.

Kapal mereka dipintas rejim zionis di perairan antarabangsa pada pukul 7.53 pagi (waktu tempatan).

Sebelum ini empat wakil Malaysia yang berada di atas kapal Sirius telah memuat naik video mesej kecemasan iaitu Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli.

Sementara itu di kapal Alma, tiga peserta Malaysia iaitu Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil juga memuat naik video mesej kecemasan yang sama.

Di kapal Huga, dilaporkan Zizi Kirana juga memuat naik video kecemasan bagi memaklumkan dirinya telah ditahan zionis Israel.

Sementara itu di kapal Grande Blu yang membawa dua peserta Malaysia iaitu Farah Lee dan Danish Nazram turut ditahan Israel.

Rakaman video yang dikongsi bersama mesej itu menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyebarkan maklumat penahanan tersebut, selain menggesa agar tekanan global dikenakan terhadap Israel.

“Jika ada menonton video ini bermaksud saya telah diculik bertentangan dengan kehendak saya oleh tentera Israel. Misi kemanusiaan kami aman, tiada keganasan, dan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa.

Saya segera merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembebasan segera dan tanpa syarat,” jelas mesej tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI