fbpx
Zizi Kirana dan Ardell antara sukarelawan Malaysia yang dilaporkan telah terputus hubungan dengan SNCC setakat ini.

Sumud Flotilla: Kapal dinaiki Zizi Kirana, Ardell terputus hubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Kapal Huga yang dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) dinaiki penyanyi Zizi Kirana dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) yang memantau rapat pergerakan konvoi berkenaan ketika memasuki zon merah.

Selain itu, kapal dinaiki aktivitis kemanusiaan yang juga pelakon Ardell iaitu Mikeno turut dilaporkan terputus hubungan dengan SNCC.

Perkembangan terbaharu itu diperoleh Kosmo! menerusi paparan terkini sistem Tracker Untuk Sumud Nusantara setakat pukul 2.40 pagi tadi.

Setakat ini, SNCC mengesahkan terputus hubungan dengan sembilan sukarelawan Malaysia yang dalam pelayaran memasuki zon merah 2.

Mereka ialah Musa Nuwayi, Iylia Balqis, Sul Aidil, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli dan Rusydi masing-masing menaiki kapal Alma, Huga, Mikeno dan Sirius. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN