fbpx
Kenderaan bergerak melepasi bahagian jalan yang rosak di Bandar Bogo hari ini selepas gempa bumi kuat menggegarkan tengah Filipina. - AFP

Gempa bumi Cebu: Anwar ucap takziah, hulur bantuan pemulihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, menzahirkan rasa sedih dan dukacita susulan bencana gempa bumi yang melanda Cebu serta kawasan berdekatan di Filipina, semalam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia turut merasai kehilangan besar yang dialami rakyat Filipina dan berkongsi kesedihan dengan keluarga mangsa yang terkorban serta mereka yang terjejas.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah dan simpati mendalam kepada kerajaan serta rakyat Filipina, khususnya kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang.

“Doa kami juga mengiringi mereka yang cedera, hilang tempat tinggal dan seluruh mangsa yang kehidupannya terganggu akibat tragedi ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, Malaysia berdiri teguh bersama Filipina dalam mendepani bencana tersebut dan bersedia membantu usaha bantuan serta pemulihan di negara itu.

“Kami berdoa semoga kekuatan dan ketabahan rakyat Filipina akan terus menjadi sandaran untuk menghadapi hari-hari mendatang,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan angka kematian akibat gempa bumi kuat di tengah Filipina mencecah 60 orang hari ini, dengan pesakit yang cedera membanjiri hospital di Pulau Cebu ketika kakitangan mengusung berpuluh-puluh beg mayat dalam keadaan huru-hara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI