fbpx
Tangkap layar video menunjukkan wanita itu melemparkan petrol ke seorang pegawai polis di Sragen. - TikTok

Wanita tuang petrol ke arah polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita mengundang perhatian ramai apabila dirakam melemparkan minyak petrol ke arah seorang anggota polis di Sragen, wilayah Jawa Tengah, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @halokaksragen menunjukkan wanita bertudung itu datang ke Balai Polis Sragen bersama dua anak lelakinya. 

Dia kemudian menyiram petrol ke arah seorang pegawai polis yang sedang bertugas sambil menengking anggota-anggota yang lain. 

Mangsa dibawa ke Hospital Mardi Lestari untuk rawatan lanjut, manakala motif sebenar suspek masih belum jelas. 

Rakaman video itu mencatatkan lebih 5.1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial. 

“Apa pun alasan dia, dia perlu dihukum!” kata seorang netizen. 

“Dia mungkin marah kerana laporannya tidak diendahkan oleh polis,” kata pengguna media sosial alin. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI