fbpx
PENYERANG Palace, Eddie Nketiah muncul wira apabila meledak gol kemenangan pada saat akhir menewaskan Liverpool 2-1 pada Sabtu lalu. - AFP

‘Pemusnah Liverpool’ intai rekod tanpa kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Kemenangan dramatik 2-1 ke atas Liverpool menjadi azimat terbaik buat Crystal Palace meneruskan momentum hebat dengan melebarkan rekod tanpa kalah kepada 19 perlawanan berturut-turut

Kali terakhir Palace tewas dalam perlawanan kompetitif ketika aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lepas selepas dibelasah 0-5 oleh Newcastle United pada 17 April lalu.

Sejak itu, Palace tidak lagi menoleh ke belakang dengan menjuarai Piala FA menewaskan Manchester City dan mengecewakan Liverpool dalam perebutan Piala Perisai Komuniti musim ini.

Kini, The Eagles yang satu-satunya pasukan belum tewas dalam saingan EPL dengan menghuni tempat ketiga liga, berharap rekod cemerlang itu dapat diteruskan.

“Perlu diingat September baru berakhir dan saingan masih lagi panjang. Jadi kami perlu sentiasa merendah diri dan terus berikan persembahan yang positif.

“Menang adalah satu perasaan yang hebat, apatah lagi dilakukan ke atas juara EPL (Liverpool). Namun, kami tiada banyak masa kerana aksi seterusnya menanti kami.

“Sekarang kami perlu fikir cara untuk menentang (Dynamo) Kiev kerana setiap pasukan membawa pendekatan berbeza,” kata pengurus Palace, Oliver Glasner.

Palace akan membuka debut dalam aksi sebenar kempen Eropah dengan menentang jaguh Ukraine, Dynamo Kiev di gelanggang neutral, Lublin Arena, Poland awal pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI