fbpx
GAMBAR fail Menara Trump di Jeddah. - Foto Dar Global

Bangunan Trump Plaza akan dibina di Jeddah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIYADH – Dalam langkah penting untuk memperkukuhkan kedudukan Arab Saudi sebagai hab pelaburan, syarikat hartanah Dar Global melancarkan pembinaan Trump Plaza Jeddah, lapor portal berita Gulf News semalam.

Projek mewah menelan kos AS$1 bilion (RM4.2 bilion) itu akan dibina di tengah  kawasan  bandar baharu seluas 1 juta meter persegi oleh pemaju hartanah Arab Saudi,  Dar Al Arkan.

Bandar baharu digelar ‘Manhattan’ itu  bakal mengubah wajah pusat bandar Jeddah.

Pelancaran Trump Plaza Jeddah menandakan kerjasama kedua Dar Global dengan The Trump Organization yang dimiliki Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebelum beliau memegang jawatan tersebut.

Sebelum ini, kedua-dua pihak melancarkan Menara Trump Jeddah tahun lalu.

Projek terbaru itu terletak secara strategik di  Jalan Raja Abdulaziz iaitu  laluan utama Jeddah, berhampiran Red Sea Mall dan Corniche.

Melibatkan tapak seluas 28,000 meter persegi, Trump Plaza Jeddah akan menampilkan kediaman premium, apartmen servis, pejabat Gred A, rumah bandar eksklusif dan kawasan hijau berkonsepkan Central Park.

Direka untuk membawa suasana meriah ala Manhattan ke Jeddah, projek itu  turut merangkumi ruang runcit dan tempat makan terpilih bagi meningkatkan gaya hidup penghuninya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI