fbpx

Adnan Zainol Abidin dilantik Pengerusi Vantris Energy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Vantris Energy Berhad (Vantris Energy) mengumumkan pelantikan Adnan Zainol Abidin sebagai Pengerusi baharu syarikat, berkuat kuasa esok bagi menggantikan Shahin Farouque Jammal Ahmad yang akan melepaskan jawatan pada tarikh yang sama.

Bagaimanapun, Shahin akan terus berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah Vantris Energy yang tidak bebas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Adnan mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam industri minyak dan gas, dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi Petronas.

Beliau memulakan kerjaya di Petronas pada tahun 1984 sebagai Jurutera Latihan di ASEAN Bintulu Fertilizer (ABF), dan sejak itu telah memegang pelbagai jawatan kepimpinan dalam petrokimia, LNG, pengurusan projek dan operasi, di Malaysia dan luar negara.

Antara jawatan penting yang pernah disandangnya termasuk Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Gas Petronas, Pengerusi Pengerang Refining Company Sdn Bhd dan Pengerang Petrochemical Company Sdn Bhd.

Mengulas mengenai pelantikan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Vantris Energy, Muhammad Zamri Jusoh berkata, pihaknya berbesar hati menerima Adnan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah kerana kepakaran mendalam, kepimpinan terbukti dan pengalaman luas beliau dalam rantaian nilai tenaga.

“Kemahiran tersebut akan menjadi aset penting bagi  Vantris Energy memasuki fasa baharu dalam usaha pemulihannya.

“Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Shahin atas bimbingan dan kepimpinan beliau sepanjang tempoh penting syarikat, dan berharap beliau terus menyumbang sebagai ahli Lembaga,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI