PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir serta angin kencang di lima negeri hingga pukul 6 petang ini.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk dijangka melanda Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub manakala di Johor daerah terlibat ialah Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Di Sarawak membabitkan Kuching, Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
“Selain itu, Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan),” ujarnya.
Tambahnya, cuaca buruk turut diramalkan melanda seluruh Labuan. – KOSMO! ONLINE