fbpx
Shamsidar menyampaikan replika cek RM50,000 bagi fasiliti Bilik Terapi Sensori Integrasi di Rumah Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah kepada Pengetua, Khairunnisa Zainal pada Program Bulan Komuniti McDonald’s & RMHC 2025 dengan kerjasama JKM di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, hari ini.

RMHC santuni hampir 6,000 kanak-kanak istimewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia meneruskan komitmennya mendekati masyarakat khususnya anak-anak istimewa menerusi Program Bulan Komuniti McDonald’s & RMHC 2025 yang memasuki tahun kesembilan, tahun ini.

Pengarah Komunikasi Korporat McDonald’s Malaysia merangkap Timbalan Setiausaha RMHC, Shamsidar Yahya berkata, bulan komuniti bukan sekadar program kebajikan, sebaliknya platform untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat perhatian dan peluang mencipta kenangan bermakna.

“Bulan komuniti antara program utama yang mencerminkan tanggungjawab kami sebagai jiran prihatin.

“Lebih istimewa tahun ini kami bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan manfaat sampai terus kepada komuniti yang memerlukan,” katanya ketika ditemui di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, di sini hari ini.

Sejak diperkenalkan pada 2017, program yang diadakan pada setiap Oktober itu adalah bagu meraikan anak-anak yatim sebelum diperluaskan kepada anak-anak istimewa.

Pada tahun ini, hampir 6,000 kanak-kanak daripada lebih 120 rumah kebajikan di bawah JKM dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) diraikan sempena hari jadi McDonald’s di seluruh negara.

Dalam majlis sama, RMHC turut mengumumkan pembinaan Bilik Terapi Sensori Integrasi di Rumah Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah bernilai RM50,000 sumbangan RMHC dan RM10,000 tambahan daripada McDonald’s Malaysia.

Bilik itu dilengkapi peralatan khas dan tenaga terapi profesional yang mampu menyediakan sehingga 120 sesi terapi sebulan untuk anak-anak dengan autistik, Kecelaruan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif dan cabaran perkembangan deria dan kognitif.

Fasiliti itu memberi manfaat kepada 96 penghuni rumah kebajikan tersebut selain dibuka kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti sekitar Negeri Sembilan menjadikannya hab latihan untuk tenaga pengajar dan ahli terapi dalam bidang intervensi awal.

Shamsidar berkata, inisiatif itu diharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak syarikat swasta untuk tampil menghulurkan sokongan melalui program tanggungjawab sosial masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI