fbpx
Nor Atiqah (kiri) dan suaminya, Muhamad Fakrullah (dua dari kanan) didakwa menyalahguna wang syarikat di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.

Suami isteri didakwa salah guna wang syarikat RM56,000, bayar sewa rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan menyalahgunakan wang milik sebuah syarikat berjumlah keseluruhan RM56,000.

Kedua-dua tertuduh iaitu Nor Atiqah Mohamad Alwi, 36, yang ketika kejadian merupakan bekas Pengarah A2 Wax Sdn. Bhd., dan suaminya, Muhamad Fakhrullah Abd Rahim, 37, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman.

Berdasarkan pertuduhan pertama, mereka bersama-sama didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan wang berjumlah RM49,000 milik syarikat A2 Wax antara 29 Ogos hingga 23 November 2021 di Jalan Gong Kapas, Kuala Terengganu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dengan mengeluarkan wang melalui tujuh keping cek daripada akaun syarikat dan menggunakannya bagi membayar sewa premis di Bandar 16 Sierra, Puchong, Selangor sedangkan alamat premis tersebut merupakan rumah kediaman mereka.

Nor Atiqah dan Muhamad Fakhrullah sekali lagi didakwa melakukan perbuatan sama membabitkan wang RM7,000 pada 31 Januari 2022 menggunakan sekeping cek.

Mahkamah kemudiannya menetapkan sebutan semula kes pada 4 November depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI