fbpx
Amirudin melihat pengoperasian bilik kawalan Stesen Janakuasa Pulau Indah, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI

Selangor hantar pakar ke China belajar teknologi nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Sepasukan pakar akan dihantar ke China bagi mempelajari pembinaan serta pengoperasian janakuasa nuklear sebagai sebahagian pelan tenaga boleh diperbaharui negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu akan bermula dengan penempatan pakar di Tsinghua University dengan sebahagian kos ditanggung kerajaan negeri.

Katanya, ketika ini terdapat enam pelajar Malaysia sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang tersebut (kejuruteraan dan teknologi).

“Kita akan mencari tiga atau empat orang lagi dari Selangor dan ia akan dimasukkan dalam belanjawan negeri 2026.

“Saya ingat dalam tahun depan, selepas kita kenal pasti, kita akan buka (tawaran). Jadi, sasaran kita untuk selesaikan (mula menghantar) pada Mac,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Stesen Janakuasa Pulau Indah (PIPP), hari ini.

Pelancaran loji berskala besar itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Amirudin berkata, projek PIPP merupakan penanda aras penting dengan pelaburan langsung asing daripada Korea Selatan menerusi Korea Electric Power Corporation dengan keseluruhan kos bernilai RM3.3 bilion.

“PIPP dijangka menjana pendapatan sehingga RM2 juta dan turut menawarkan bekalan tenaga kepada perindustrian pada tarif yang lebih kompetitif.

“Selepas ini kita akan teruskan transisi tenaga lebih baik melalui projek solar, hidro mini di Batang Kali dan Sisa Ke Tenaga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI