fbpx
Antara dadah yang dirampas dalam dua serbuan berasingan di George Town.

Ahli kimia dadah dicekup, rampas MDMA bernilai RM1.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Kegiatan licik satu sindiket memproses dadah jenis Methylenedioxy Methamphetamine (MDMA) dan pelbagai dadah lain terbongkar dalam dua serbuan berasingan di sekitar pusat bandar ini, hari ini.

Operasi yang dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bermula 9 malam semalam hingga 8 pagi tadi berjaya merampas dadah bernilai RM1.7 juta.

Ketua Polis negeri, Datuk Azizee Ismail berkata, penahanan seorang lelaki warga tempatan di kawasan parkir kenderaan telah berjaya menemui lima peket plastik berwarna biru muda yang di dalamnya berisi dadah jenis MDMA seberat 129.0 gram.

Menurutnya, tangkapan suspek pertama itu kemudiannya membawa kepada penahanan seorang lagi ahli sindiket lelaki yang berperanan sebagai ahli kimia di sebuah premis di Jelutong.

“Pemeriksaan lanjut menemukan 146 peket plastik berwarna hijau, putih dan biru muda yang di dalamnya berisi serbuk disyaki dadah jenis MDMA seberat 3,787 gram.

“Rampasan lain terdiri empat botol plastik berpenutup yang di dalamnya berisi dadah jenis MDMA seberat 6,217 gram serta 10 papan aluminium foil yang setiap satunya berisi 10 biji pil disyaki dadah jenis Erimin seberat 26.40 gram,” katanya di sini, hari ini.

Turut dirampas adalah satu peket plastik lutsinar berisi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin seberat 12.83 gram, tiga peket plastik lutsinar berisi 75 biji pil ekstasi seberat 41.59 gram dan pelbagai peralatan yang digunakan untuk memproses MDMA.

Jelas Azizee, hasil risikan mendapati, sindiket tersebut telah bergiat aktif dalam sindiket pengedaran dadah sejak awal bulan ini dan keseluruhan dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh seramai 50,000 orang atau 50,000 kali penggunaan.

“Hasil ujian saringan air kencing pula mendapati, kedua-dua tangkapan positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan ketamin selain mempunyai rekod kesalahan jenayah dan dadah,” katanya.

Beritahu beliau lagi, kedua-dua suspek yang berusia 27 dan 50 tahun itu juga telah direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita sebuah kenderaan jenis Proton X50 bernilai RM82,000 sekali gus menjadikan nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM1.78 juta. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI