fbpx
Kenyataan yang dimuat naik GSF di akaun Instagram hari ini.

Sumud Flotilla: Enjin kapal Johnny M bocor, peserta terpaksa dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Konvoi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) terpaksa berhenti seketika selepas salah sebuah kapal, Johnny M, mengalami kebocoran di ruang enjin pada pagi tadi.

Menurut kenyataan rasmi di akaun Instagram, GSF berkata kerosakan itu tidak dapat dibaiki di laut menyebabkan kapal berkenaan tidak dapat meneruskan pelayaran.

Bagaimanapun, GSF berkata semua peserta telah dipindahkan dengan selamat ke kapal lain, manakala sebahagian akan ditempatkan semula ke bot-bot lain atau dibawa ke daratan.

“Kami berterima kasih kepada Bulan Sabit Merah dengan kerjasama kerajaan Turkiye kerana memudahkan pemindahan selamat para peserta serta menghantar bantuan kemanusiaan tambahan kepada armada flotila,” jelas kenyataan itu.

Pihak penganjur menegaskan insiden tersebut tidak akan menjejaskan jadual utama, dan misi kemanusiaan ke Gaza dijangka tiba dalam tempoh empat hari lagi.

Sementara itu, Pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat mengesahkan terdapat sukarelawan Malaysia di atas kapal Johnny M tersebut.

“Sebuah bot bernama Johnny M terpaksa dikosongkan kerana kebocoran enjin. Ada rakyat Malaysia dalam bot tersebut.

“Semua peserta selamat dan akan segera berlayar kembali. Jangan risau berlebihan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

GSF membawa ratusan aktivis antarabangsa bersama bantuan kemanusiaan bagi menembusi sekatan laut Israel dan menyampaikan sokongan kepada penduduk Gaza.

Seramai 34 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza bagi menyalurkan bantuan seperti makanan dan ubat-ubatan.

Sebelum ini beberapa kapal pelayaran misi tersebut dilaporkan rosak akibat serangan dron oleh rejim Zionis.

Bagaimanapun, kesemua penumpang dilaporkan selamat dan tiada kecederaan berlaku sepanjang tempoh pelayaran tersebut.

Kebanyakan kapal pelayaran GSF dilaporkan telah pun memasuki zon kuning menuju ke Gaza serta dijangka berdepan dengan sebarang kemungkinan ancaman Zionis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN