KEMAMAN -Seorang lelaki warga emas yang sedang melintas jalan maut dirempuh sebuah kereta jenis Ford Fiesta di Kilometer 8, Jalan Chukai-Air Putih berhampiran Kampung Seri Jaya, Binjai, di sini, malam tadi.
Dalam kemalangan pada pukul 8 malam itu, mangsa, Wee Hin Tin, 86, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, sewaktu kejadian, lelaki warga emas tersebut dikatakan sedang melintas jalan.
“Sebuah kereta Ford Fiesta yang dipandu seorang wanita berusia 25 tahun gagal mengelak lalu merempuh mangsa.
“Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE